KERANGKA TS25
Konsep Program Transformasi Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk merealisasikan
matlamat transformasi pendidikan negara dalam menyediakan pendidikan berkualiti
kepada setiap kanak-kanak. Intipati transformasi pendidikan memberi tumpuan
kepada meningkatkan kualiti semua sekolah dan kemenjadian semua murid. Pada
penghujung gelombang pertama pelaksanaan PPPM 2013-2025, program pemantapan sekolah diperkenalkan yang
dikenali sebagai Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program TS25 merupakan sebahagian daripada
usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti melalui
sokongan dan bimbingan profesional secara in situ (onsite).
Program TS25 ini mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran
(PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.
Program TS25 juga adalah usaha ke arah melahirkan modal insan unggul
melalui:
(a) persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan,
(b) kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan,
(c) guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, dan
(d) komitmen komuniti yang padu.
Ringkasnya, pada tahun 2015, KPM dalam agenda transformasi
pendidikan menjadikan kualiti guru sebagai salah satu komponen utama
sementelahan kualiti guru berkait rapat dengan kualiti pengajarannya di bilik
darjah.
Kerangka TS25
- Klik Kerangka TS25 untuk memuat turun -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan