Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan atau nama ringkasnya SMK Berangan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Bunut Sarang Burung.
Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan melibatkan dua tokoh terkenal dan berpengaruh di Daerah Tumpat pada masa itu. Mereka berdua menjadi perintis setelah berusaha dan memperjuangkan supaya sebuah sekolah menengah diwujudkan di Daerah Tumpat menjadi kenyataan.
Mereka ialah Tuan Hj. Omar bin Awang Kechik yang merupakan ADUN kawasan Wakaf Bharu merangkap Ketua Bahagian UMNO Tumpat dan En. Nik Jaafar bin Nik Mohamed iaitu Pegawai Daerah Tumpat pada masa itu.
Proses pencarian tapak sekolah sekolah bermula pada sekitar tahun 1984-1985 yang mana pada asalnya ialah untuk pembinaan sebuah Sekolah Mengah Kebangsaan Agama. Tuan Haji Omar dan Nik Jaafar telah meninjau beberapa kawasan yang sesuai seperti di Kg. Sedar, Kg. Kok Seraya, Kg. Chabang Empat dan akhir sekali di antara Kg. Bunut Sarang Burung dan Kg. Padang Tembesu.
Setelah membuat kajian dengan teliti akhirnya mereka bersetuju memilih tapak kawasan Kg. Bunut Sarang Burung dan Kg. Padang Tembesu memandangkan keserasian dan strategik dalam pelbagai situasi. Tapak sekarang merupakan kawasan penanam padi yang sudah terbiar.
Pembinaan Sekolah dimulakan pada 21 Februari 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Disember 2001. SMK Berangan mula beroperasi pada 12 Desember 2001 dengan lima orang guru dan seorang keraniyang diketuai oleh Pn. Hjh. Hatikah bt. Mohammad ( PK Pentadbiran SMK Wakaf Bharu ) ditugaskan untuk mengendalikan proses penubuhan awal.Sesi persekolah pertama bermula pada 6hb Januari 2002 apabila kira-kira 190 orang pelajar dari sekolah rendah berhampiran mendaftar untuk tingkatan satu. Pada 16hb Januari 2002 seramai 154 orang pelajar tingkatan dua dari SMK Wakaf Bharu, SMK Dato' Biji Wangsa dan SMK Tumpat ditempatkan di sini.
Kini Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan memiliki 321 pelajar lelaki dan 320 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 641 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru termasuk Pengetua sekolah, 8 orang Anggota Kumpulan Pelaksana ( AKP ) dan seramai 6 orang pekerja kontrak serta 4 orang pegawai keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan