LATAR BELAKANG TS25
Tahun 2020 Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan telah terpilih sebagai sekolah tranformasi. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
OBJEKTIF
- Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
- MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
- Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
- Memantapkan kepimpinan sekolah.
- Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
- Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
- Meningkatkan keperibadian murid yang unggul..
- Meningkatkan pencapaian murid dalam PT3 dan SPM.
- Meningkatkan pencapaian murid dalam kokurikulum.
- Meningkatkan kualiti guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan